Sunday, December 18, 2011

:: Sahabat ::


Rakan, kawan, sahabat dan teman.. Adakah setiap satu perkataan itu membawa maksud yang sama? Secara umumnya 'YA' tapi secara fahaman pasti berbeza bagi setiap insan.. Mengikut kefahaman secara peribadi, 'sahabat' merupakan ikatan lebih akrab berbanding 'rakan' dan 'kawan'.. 'Teman' pula bagaimana ya? Adakah ia menunjukkan teman hidup or teman berbual or teman ketika susah mahupun senang? Kadang-kadang tertanya sendiri, diri ini tergolong dalam kumpulan mana.. Rakan dan kawan amat mudah kita cari.. Malahan kita akan selalu jumpa mereka.. tetapi untuk mencari sahabat yang akrab sangat sukar..

Mesti kita selalu menggunakan ayat ini, 'Bila waktu kita gembira kawan pasti ramai disekeliling kita, bila kita berduka nak dapat satu kawan pun susah'.. 'Sahabat' selalu ada di sisi 'sahabat'nya tidak kira waktu gembira mahupun duka.. Itu merupakan definisi yang di terjemahkan berdasarkan pandangan peribadi diri ini.. Lebih baik mempunyai seorang 'sahabat' berbanding mempunyai 10 'kawan'.. 

Kehilangan diri ini selama ini bukannya kemana, hanya untuk mendiamkan diri kerana dibelengu masalah yang sukar untuk di selesaikan.. Maafkan diri ini wahai sahabat2ku kerana menghilangkan diri tanpa khabar berita.. Diri ini ingin menjadi sahabat yang tidak membebankan anda2 semua.. Bila gembira, ku akan kongsi bersama.. Bila berduka ku akan berdiam seketika supaya tidak membebankan anda2 semua..:)
Tidak bermaksud diri hilang kerana bencikan anda, cuma masa yang diperlukan untuk kembali agak lama sedikit.. Berperang dengan perasaan lebih sukar dari berperang di medan tempur... Apa yang diharapkan buat masa ini adalah sokongan dari anda semua.. Tanpa sokongan itu, takut2 kebangkitan diri ini akan bertangguh lagi.. :)

P/S: 'sahabat' yang paling setia adalah keluarga kita sendiri.. berbaktilah pada mereka.. Hormat ibubapa, hormat keluarga kita, paling penting Tiang Agama jangan kita tinggalkan sama sekali.. Aminnn... =)

:: Hamster ::

Assalamualaikum... Salam pembuka bicara.. Sudah agak lama tidak menjenguk blog ni.. Habuk, sawang semua ada.. :) Banyak perkara perlu di selesaikan.. Masa yang ada agak terhad juga. Harap dapat aktif kembali menaip..

Lama menghilang tidak ke mana.. Buat masa ni dah ada hobi baru.. Dulu bela kucing.. Skang bela hamster lak.. Ahad lepas (11.12.2011) baru je adopt sepasang Dwarf hamster.. Siap dengan cage dia + mainan + bedding + food dan macam2 lagi under RM200.. kira berbaloi la.. Beli cage dua tingkat yang sangat besar kerana dwarf hamster ni sangat aktif dan suka berlari2.. Dan lagi satu kuat makan.. Baru seminggu badan yang kembang.. Comelllll macam bola pingpong.. hehe.. Dalam perancangan untuk menambah accessories cage ni.. Nanti sok lusa baru post gambar ye.. :)


Wednesday, September 7, 2011

Asam Garam Raya di Kampung~

1 hari sebelum raya:

-Pagi2 lagi selepas sahur kami sekeluarga dah siap2 mandi.. hari ni kami akan pulang ke kampung.. di Parit Perak... yayyyyyyyyy... :) waktu 7.30 pagi kami dah memulakan perjalanan. takut2 perjalanan menjadi lebih sesak.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kenderaan kurang. barangkali ramai sudah pulang lebih awal. mengikut kata kawan2 yang pulang juga, kebanyakan jalan pada hari ini sangat tenang. tak sesak. macam tak raya je. hehe Pukul 11.30 pagi baru sampai kampung.. perjalanan selalunya amik masa 3jam 30minit. tapi kami ada singgah pasar kat pekan Bota Kanan. beli sikit2 buah2an, barang2 nak buat kek, dan macam2 lagi.. :D Sampai je tengok lemang dan rendang tengah masak.. nenek dah tak berapa larat.. makcik yang tolong. pastu kami take over lak.. :) sempat juga pergi ke 'tebing'.. air sungai agak dalam masa ni.. jadi tengok je la.. round2 jap, pastu terus sambung buat kerja.. 

Petang tu kami ke kubur atok dan pakcik makcik belah umi.. Alhamdulillah, kubur mereka di jaga rapi oleh penduduk kampung.. itulah rumah 'kekal' untuk kita bila sampai waktunya.. :)

Masa untuk berbuka.. memang best.. macam2 ada.. sup ayam, ikan patin bakar, ayam masak serai, pe lagi, air sirap tembikai.. penuh woo perot.. :D Alhamdulillah, malam ni, di umumkan esok RAYA!!!

Raya Pertama:

-seawal jam 5.30 pagi saya dah bangun. Mengikut rancangan, pagi raya ni, kami akan beraya di rumah saudara-mara belah ayah di Ipoh.. kena bangun awal. maklumlah, adik beradik ramai.. kang nak tunggu turn mandi boleh tertidur kat tangga.. hehe.. ingat nak bertolak pukul 7 tapi apakan daya, terlajak juga sampai pukul 8.. gara-gara lama sangat termenung dalam bilik air.. >_ kami akan solat raya di Ipoh, tapi melihatkan waktu bertolak macam tak sempat je. jadi kami tawakkal je masa ni.. InsyaALLAH ada rezeki pasti ALLAH permudahkan perjalanan kami kan.. Singgah sebentar di Petronas, nak beli air mineral.. tertarik juga pada cashier dia.. hehe kesian pada dia sebab raya pertama tak dapat pulang ke rumah.. nak bagi duit raya, poket kosong.. sorry ye.. :) sempat la bual2 gitu je. .tak sempat minta no tepon pun.. hikhikhik Kemudian perjalanan bersambung kembali.. makan masa sejam juga.. Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar. redup je. tenang. sampai di surau, terkejutnya kami sebab dorang tak solat raya lagi. rezeki ALLAH bagi.. :) saya tak masuk dalam.. temankan adik dalam van.. yang lain2 solat raya.. 

[Betol orang kata, rezeki takkan ke mana.. ALLAH maha pengasih pada hamba-Nya. bila terlewat jangan nak rush2 sangat masa memandu.. kemungkinan perjalanan kita akan bertambah lambat(eksiden, kereta rosak, dan lain2).. sentiasa tenang dan berhemah di jalan raya :) ]

-sesudah solat, kami menziarahi kubur atok, nenek, makcik dan pakcik belah ayah.. itu sahaja masa yang ada.. balik ke kampung pun setahun sekali.. huhu lepas itu, terus kerumah makcik.. berkumpul ramai2 sebelum bergerak ke Sunway City, rumah Paklong.. sempat bergambar satu family.. akak dan hubby takde kerana mereka beraya di Rawang. 
Jam menunjukkan 12 tengah hari. kami tiba di Sunway City.. pertama kali datang sini.. memang cantik. agak2 bila boleh dapat rumah macam kat sini? ehehe

Kemudian dapat mesej dari makcik kat Parit. Pakcik dari Lumut datang.. kami pun terpaksa memisahkan diri dari rombongan kerana dah lama sangat tak berjumpa pakcik dari Lumut.. dekat pukul 2.15 petang kami sampai.. terus bersalaman dengan pakcik. paling gembira tentu lah Umi.. dah lama tak jumpa.. huhu 30 minit kemudian akak dan hubby pun sampai.. Alhamdulillah memang rezeki kami sekeluarga pada raya pertama.. macam2 berita gembira kami dapat..:) Syukur pada ALLAH kerana memberi nikmat-Nya pada kami hari ni. :)


Raya Kedua:

-Hari ni turn ronda2 kampung Parit lak.. jadual agak lari juga hari ni.. jadual semua terlewat.. sempat ziarah dua buah rumah sahaja.. Rumah Opah Nde dengan Tok Anjang.. masing2 dah berumur.. dah tak berapa larat.. Semoga mereka di beri kesihatan yang baik dan kecerian di hati.. :')

Singgah ke pekan Parit sebentar.. Sesak juga jalan.. Panas terik.. Umi nak beli penyapu.. Adik nak cari parang.. macam2 dorang ni nak beli.. haish.. saya lak nak cari Pasembor.. hikhikhik sedap woo.. tapi rezeki tak menyebelahi pada hari ni. cepat betol habis.. nak beli air pun takde.. agak hampa juga.. :(


[Satu kita kena ingat.. Kalau setiap hari kita gembira, bila masa kita nak rasa sedih, sudah dan sebagainya kan.. Ada masa rezeki kita melimpah ruah, ada masa kurang je.. tapi masa rezeki melimpah ruah, kongsi lah bersama mereka yang memerlukan.. Masa rezeki tak menyebelahi kita, jangan merungut.. InsyaALLAH.. ALLAH menjanjikan setiap insan yang bertakwa dan beriman pada-Nya pasti akan diberi rezeki yang melimpah ruah.. :) ]


Raya Ketiga:

-Hari ni kami semua akan pulang ke Selangor.. huhu sedih.. cepatnya masa berlalu.. sebelum pulang, sempat juga amik picture keluarga.. untuk pertama kalinya, semua ahli ada dalam picture ni.. terima kasih NIKON.. jasa anda amat di kenang :) pukul 11.30 pagi baru kami bergerak.. agak lewat juga.. singgah beli buah2an.. perjalanan pada peringkat awal agak slow di kawasan Gua Tempurung dan Gopeng.. Setiba di Slim River perjalanan amat lancar.. Alhamdulillah hampir pukul 3.00 petang baru sampai rumah.. kemas sikit2, angkat barang, terus solat.. pastu berehat.. Hari Raya yang sangat bermakna pada diri saya dan harap2 pada keluarga saya juga.. :)

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA"


Gambar2 di kampung

Saturday, August 27, 2011

Kita bertanya, Al-Quran menjawab


Bismillah Hirrahmanirrahimm........    

  KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

 QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

 - Surah Al-Baqarah ayat 216

 KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

 And here is the rest of it.

 QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 - Surah Al-Baqarah ayat 286


 KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUSTASI….?

 QURAN MENJAWAB

 "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
 kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

 - Surah Al-Imran ayat 139



 KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

 QURAN MENJAWAB

 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
 kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
 kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
 perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
 sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
 Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


 KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

 QURAN MENJAWAB

 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
 sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
 orang-orang yang khusyuk"

 - Surah Al-Baqarah ayat 45



 KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

 QURAN MENJAWAB

 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
 dengan memberikan syurga utk mereka... ?

 - Surah At-Taubah ayat 111


 KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

 QURAN MENJAWAB

 "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku
 bertawakkal. "

 - Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

 QURAN MENJAWAB

 "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
 berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

 - Surah Yusuf ayat 12


 KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

 QURAN MENJAWAB

 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
 telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
 diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
 sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
 org2 yg dusta."

 -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


p/s: Post di atas saya copy dari blog kawan saya, NDY4. semoga ia menjadi rujukan dan panduan dalam hidup kita.. :)

Thursday, August 25, 2011

TV3 - Drama-drama

Bulan ramadhan ni penuh dengan cerita2/ drama2 yang berkisar kan ramadhan.. ada juga yang tak.. :D
Buat masa ini tengah follow tiga cerita yang agak menarik.

1. Laila Manja (4.00 pm - 5.00 pm)

-Cerita ini pada mulanya kurang menarik la.. berkisar kan dua orang kanak2 bernama laila dan manja.. tinggal bersama ayah mereka dan ibu tiri (elly suryati).. mak tiri dia banyak skandal woo.. ayah mereka mati di bunuh oleh mak tiri mereka.. selepas itu laila dan manja terpisah.. manja hilang ingatan.. lupa sebab apa..

Laila di amik sebagai anak angkat oleh Dato Razali (Jalaludin Hassan). sehingga besar dan bekerja dgn Dato tu.. Laila (Puteri Sarah) jadi pemangku CEO.. manakala Azli (Iqram Dinzly) jadi CEO.. dia pun anak asal Dato tu.. :D

Ada seorang pekerja syarikat tu berdendam dengan Dato ni. Dia merampas kuasa dan harta Dato secara ugutan.. Nak tahu selanjutnya cuba check tonton.com.my.. ada rasanya kat situ.. :)


2. Kasih Alia (7.00 pm - 8.00 pm)

- Cerita yang ni memang top.. bagi saya la.. kerana lakonan setiap watak terlalu hebat.. banyak main psikologi cerita ini.. Kadang2 cerita ini menunjukkan kita tak perlu nak marah untuk menunjukkan rasa marah. lakonan Sheila Rusli memang mantap. paling psiko dalam cerita ni.. :D
Ada saat2 sedih, geram, terharu, nak menangis pun ada juga.. seriusnya cerita ini sangat hebat.. :)

3. Ramadhan Terakhir (10.30 pm - 11.00 pm)

-Cerita ni berkisar kan sebuah keluarga berada (kaya) yang memang sesat dalam hidup. ibu bapa gi party, teguk arak sana sini, anak lelaki pun sama. Anak perempuan agak ok cuma mulut agak lancang dengan ibu bapa.. kurang perhatian dari ibu bapa.
Hashim (Esma Daniel) sebagai bapa tiba2 berubah pada suatu hari.. berubah kepada yang baik. dia mendapat berita bahawa dia mendapat HIV.. perlahan2 dia berubah atas bantuan driver dia.. akhie.. kedatangan pembantu rumah yang baru banyak membawa perubahan dalam hidup keluarga hashim ni.
Nak tahu lebih, better tengok sendiri cerita ni.. macam biasa.. kat tonton.com.. :)

p/s: bila drama2 touching ni memang minat la.. Ramadhan terakhir dan Laila manja akan tamat pada esok hari (25hb August).. pasti tak menyesal menonton ramdhan terakhir.. :)

Tuesday, August 23, 2011

::Angan-angan menjadi kenyataan::

Berhabuk sudah blog ni. Tak tahu nak update pasal apa sebenarnya. :) Belum ada cerita yang menarik untuk di kongsi...

Cerita pasal angan2, mesti ramai pernah berangan kan.. Salah satu angan2 + impian ku sudah tercapai.. Dah lama pasang niat untuk membeli satu benda ni.. Alhamdulillah. berjaya juga mendapatkan 'benda' itu... yipeeeeeee..... XD
Benda yang ku mahu sangat2 tu adalah KAMERA.. haa.. ni bukan kamera biasa2 yang compact tu.. ni DSLR.. menjadi igauan, impian ku sejak dulu lagi. lama dah nak berjinak2 dengan dunia fotografi ni.. tengah bertatih2 belajar menangkap picture2 yang lawa dan bermakna.. hajat ku nak capture picture yang memberi sejuta makna.. antara2 photographer yang menjadi idola aku buat masa ni adalah DigitalMukmin.. try cari kat google ye XP... harap2 dapat menangkap picture2 seperti beliau dan lebih bagus lagi... :)

Ni haa kamera nya.. NIKON D3100..


Monday, July 18, 2011

~♥~She's Gone~♥~


She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.