Sunday, December 18, 2011

:: Sahabat ::


Rakan, kawan, sahabat dan teman.. Adakah setiap satu perkataan itu membawa maksud yang sama? Secara umumnya 'YA' tapi secara fahaman pasti berbeza bagi setiap insan.. Mengikut kefahaman secara peribadi, 'sahabat' merupakan ikatan lebih akrab berbanding 'rakan' dan 'kawan'.. 'Teman' pula bagaimana ya? Adakah ia menunjukkan teman hidup or teman berbual or teman ketika susah mahupun senang? Kadang-kadang tertanya sendiri, diri ini tergolong dalam kumpulan mana.. Rakan dan kawan amat mudah kita cari.. Malahan kita akan selalu jumpa mereka.. tetapi untuk mencari sahabat yang akrab sangat sukar..

Mesti kita selalu menggunakan ayat ini, 'Bila waktu kita gembira kawan pasti ramai disekeliling kita, bila kita berduka nak dapat satu kawan pun susah'.. 'Sahabat' selalu ada di sisi 'sahabat'nya tidak kira waktu gembira mahupun duka.. Itu merupakan definisi yang di terjemahkan berdasarkan pandangan peribadi diri ini.. Lebih baik mempunyai seorang 'sahabat' berbanding mempunyai 10 'kawan'.. 

Kehilangan diri ini selama ini bukannya kemana, hanya untuk mendiamkan diri kerana dibelengu masalah yang sukar untuk di selesaikan.. Maafkan diri ini wahai sahabat2ku kerana menghilangkan diri tanpa khabar berita.. Diri ini ingin menjadi sahabat yang tidak membebankan anda2 semua.. Bila gembira, ku akan kongsi bersama.. Bila berduka ku akan berdiam seketika supaya tidak membebankan anda2 semua..:)
Tidak bermaksud diri hilang kerana bencikan anda, cuma masa yang diperlukan untuk kembali agak lama sedikit.. Berperang dengan perasaan lebih sukar dari berperang di medan tempur... Apa yang diharapkan buat masa ini adalah sokongan dari anda semua.. Tanpa sokongan itu, takut2 kebangkitan diri ini akan bertangguh lagi.. :)

P/S: 'sahabat' yang paling setia adalah keluarga kita sendiri.. berbaktilah pada mereka.. Hormat ibubapa, hormat keluarga kita, paling penting Tiang Agama jangan kita tinggalkan sama sekali.. Aminnn... =)

0 comments: