Bulan ramadhan ni penuh dengan cerita2/ drama2 yang berkisar kan ramadhan.. ada juga yang tak.. :D
Buat masa ini tengah follow tiga cerita yang agak menarik.
1. Laila Manja (4.00 pm - 5.00 pm)
-Cerita ini pada mulanya kurang menarik la.. berkisar kan dua orang kanak2 bernama laila dan manja.. tinggal bersama ayah mereka dan ibu tiri (elly suryati).. mak tiri dia banyak skandal woo.. ayah mereka mati di bunuh oleh mak tiri mereka.. selepas itu laila dan manja terpisah.. manja hilang ingatan.. lupa sebab apa..
Laila di amik sebagai anak angkat oleh Dato Razali (Jalaludin Hassan). sehingga besar dan bekerja dgn Dato tu.. Laila (Puteri Sarah) jadi pemangku CEO.. manakala Azli (Iqram Dinzly) jadi CEO.. dia pun anak asal Dato tu.. :D
Ada seorang pekerja syarikat tu berdendam dengan Dato ni. Dia merampas kuasa dan harta Dato secara ugutan.. Nak tahu selanjutnya cuba check tonton.com.my.. ada rasanya kat situ.. :)
2. Kasih Alia (7.00 pm - 8.00 pm)
- Cerita yang ni memang top.. bagi saya la.. kerana lakonan setiap watak terlalu hebat.. banyak main psikologi cerita ini.. Kadang2 cerita ini menunjukkan kita tak perlu nak marah untuk menunjukkan rasa marah. lakonan Sheila Rusli memang mantap. paling psiko dalam cerita ni.. :D
Ada saat2 sedih, geram, terharu, nak menangis pun ada juga.. seriusnya cerita ini sangat hebat.. :)
3. Ramadhan Terakhir (10.30 pm - 11.00 pm)
-Cerita ni berkisar kan sebuah keluarga berada (kaya) yang memang sesat dalam hidup. ibu bapa gi party, teguk arak sana sini, anak lelaki pun sama. Anak perempuan agak ok cuma mulut agak lancang dengan ibu bapa.. kurang perhatian dari ibu bapa.
Hashim (Esma Daniel) sebagai bapa tiba2 berubah pada suatu hari.. berubah kepada yang baik. dia mendapat berita bahawa dia mendapat HIV.. perlahan2 dia berubah atas bantuan driver dia.. akhie.. kedatangan pembantu rumah yang baru banyak membawa perubahan dalam hidup keluarga hashim ni.
Nak tahu lebih, better tengok sendiri cerita ni.. macam biasa.. kat tonton.com.. :)
p/s: bila drama2 touching ni memang minat la.. Ramadhan terakhir dan Laila manja akan tamat pada esok hari (25hb August).. pasti tak menyesal menonton ramdhan terakhir.. :)













2 comments:
nora pun follow 2 cerita 2..cuma ramadhan terakhir aja x tgk..;p
hehe nora tengok la cite ramadhan terakhir tu. menanges woo.. hati ku sensitif masa menonton citer tersebut.. hehe
Post a Comment