Wednesday, May 25, 2011

♥ Nian Hati Salsabila ♥

Alhamdulillah. Selesai sudah membaca novel ini. Sebuah novel bercirikan Islam. Hasil penulisan Zahiruddin Zabidi. Terbitan PTS LITERA SDN BHD. Sebuah novel yang banyak memberi info mengenai Islam dan juga menyedarkan diri ini betapa ada banyak kurangnya diri ini. Banyak perlu diperbaiki. Alhamdulillah ada juga info-info yang baru dapat melalui pembacaan novel ini. Terbuka mata ini sedikit demi sedikit apabila helaian demi helaian dibelek sehingga ke penamat. :)

Pada awal bab novel ini, agak tertekan juga membaca kerana terdapat banyak kesalahan yang tak patut ada pada sesebuah novel. Watak tertukar nama, juga bahasa yang digunakan agak 'bombastik' bagi diri ini yang kurang ilmu sasteranya. Bila penulis mula menceritakan perihal-perihal Islam dalam aktiviti seharian, perkataan-perkataan yang digunakan amat mudah untuk dipahami. Cuma bila bahagian 'bunga-bunga' cerita terlalu banyak perkataan yang mengelirukan. Keseluruhannya 4.5/5 stars* :)

Sedikit isi yang dapat dikongsi hasil bacaan novel ini:

- Cara menjawab salam yang betul. Seringkali ucapan Salam tidak di amik berat oleh ramai pihak. Salam adalah salah satu doa kepada penerima salam dan juga pemberi salam. Jadi jangan dipendekkan salam itu. Ucaplah ia dengan perkataan yang penuh. Assalamualaikum, andai ingin di panjangkan lagi jua sangat di galakkan :)

-Kesedaran mengenai kekeliruan mengapa Islam berperang pada zaman Nabi Muhammad S.A.W sedangkan Islam menitik berat keharmonian, keamanan dan kesejahteraan umatnya. Dalam novel ini sangat jelas penerangannya.

-Perihal jodoh juga ada dibincangkan dalam novel ini. Bila melihat Cinta sebenar hanya untuk ALLAH S.W.T yang Maha Esa, cinta didunia pasti menyusul kerana semua itu sudah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.

Mahu penerangan lanjut belilah novel ini. nescaya tidak menyesal :)

2 comments:

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi membaca Nian Hati Salsabila, semoga bermanfaat kepada ummah.

Zahiruddin Zabidi
www.kalamkhalifah.com

MeIsMe said...

waalaikumussalam warahmatullah, sama2 kasih. sesungguhnya novel ini sangat menarik jalan ceritanya. Banyak ilmu juga boleh didapati didalamnya. Terima kasih. :)