Saturday, May 21, 2011

Kehidupan & Puzzle

Apa la agaknya kaitan dua perkara ni kan... Entah. Terfikir sahaja sama ada kehidupan kita ni ada persamaan dengan puzzle(jigsaw) atau tidak.. Seperti yang kita semua tahu, puzzle merupakan pecahan-pecahan gambar yang diceraikan dan akhirnya di satukan semula pada tempat yang khusus untuk mereka sahaja menjadi satu "gambar".

Kehidupan kita juga macam puzzle. Setiap masa kepingan-kepingan ni akan bersatu sedikit demi sedikit. Tujuan puzzle adalah menyempurnakan ia supaya menjadi satu gambar yang sempurna, akan tetapi kehidupan kita tidak pernah sempurna. Tapi ada satu masa kita akan rasa ia cukup 'sempurna' walaupun hakikatnya kita tidak sempurna.
Dalam kehidupan, kita rasa kita dah kumpul kepingan yang mencukupi, kita rasa 'gambar' yang terhasil itu cukup sempurna untuk kita, pasti kita gembira. :) 

Apa berlaku bila sesorang atau sesuatu mengusik puzzle itu? Barangkali kepingan-kepingan puzzle akan berselerak dan bertaburan. Mungkin juga ada beberapa kepingan akan hilang. Dalam kehidupan kita juga banyak 'dugaan'. Ada juga unsur-unsur yang akan mengusik kehidupan kita. Andai puzzle itu hanya berselerak sahaja, cepat-cepat susun ia semula. Tapi andai usikan itu terlalu hebat, kemungkinan kepingan 'puzzle' kita akan hilang. Susah nak gantikan kepingan yang sudah hilang itu kerana setiap kepingan adalah unik. Begitulah kehidupan. 

Bila kita fikir kehadapan, apa yang kita nak lakukan dengan 'puzzle' yang sudah hilang kepingan itu? Buang? Simpan? Atau cari yang baru? Semua tu bergantung kepada individu. Kita tak tahu berapa lama hayat hidup kita. Sentiasa cari kehidupan di landasan yang betol. Andai terpesong, segera luruskan semula landasan itu. Sesungguhnya kata-kata ini untuk memperbaiki diri sendiri juga. :)

1 comments:

NURAMOY AKA AMOI said...

bombastik btl ayat..tp btl larh kt2 kamu 2 =)